
MUKADDIMAH
Terlalu banyak yang ingin diperkatakan tentang tahap keselamatan kehidupan rakyat Johor ketika ini. Pelbagai pencemaran sedang menggugat khususnya pencemaran alam sekitar.
Tanggal 8 Januari 2006 kita dikejutkan dengan satu diskusi hangat di dalam masyarakat apabila pencemaran sisa toksik yang dijumpai tertanam di Kg Sungai Gatom, Labis. Gas ammonia dilaporkan menyelubungi kampung itu akibat tindakbalas kimia sisa toksik hingga menyebabkan orang ramai panik dan lebih 1,000 orang telah beberapa kali dipindahkan. Mereka diarah pindah kerana kampung halaman dicemari gas ammonia dari sisa toksik yang ditanam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sekali lagi dengan rasa bertanggungjawab dan kesedaran masyarakat maka kami dari Pusat Aduan Rakyat Parlimen Tenggara ingin mengajukan beberapa kejadian seumpama ini yang telah berlaku di tempat halaman kami sendiri. Hasil dari tinjauan kami, terdapat 7 buah kilang kelapa sawit yang beroperasi selama 24 jam didalam kawasan Tenggara. Diantaranya :
1. Kilang Sawit Ulu Sg Sibol, Bandar Tenggara.
2. Kilang Sawit (F) Pengeli Timur
3. Kilang Sawit (F) Bukit Besar
4. Kilang Sawit Tai Tak
5. Kilang Sawit Sungai Kancur
6. Kilang Sawit Alaf (YPJ oil palm estate)
7. Kilang Sawit Revenue Direction palm oil mill
Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan :
1. Beberapa kilang sawit ini telah mengeluarkan asap yang berlebihan dari pandangan kami. Contohnya Kilang Sawit (F) Pengeli Timur, Kilang Sawit (F) Bukit Besar, Kilang Sawit Alaf (YPJ oil palm estate) dan Kilang Ulu Sibol Bandar Tenggara.
2. Membina industri perkilangan di kawasan berdekatan dengan kawasan perumahan atau kampung. Aduan daripada orang ramai bahawa gangguan pencemaran asap dan abuk sangat kritikal sejak kebelakangan ini. Mengikut makluman yang kami terima bahawa garis panduan telah ditetapkan bagi mana-mana pihak yang ingin mendirikan industri perkilangan hendaklah didirikan sejauh 5 atau lebih KM daripada kawasan perkampungan atau kampung. Maka kilang-kilang sawit seperti di (F) Bukit Besar, (F) Pengeli Timur dan Kilang Sawit Ulu Sg Sibol, Bandar Tenggara.telah melanggar syarat-syarat yang telah dtetapkan.
3. Ada juga diantara kilang-kilang tersebut telah mengeluarkan air kumbahannya dan mengalir ke kawasan yang tidak sepatutnya seperti ke dalam parit. (Kilang Sawit Ulu Sibol. Bandar Tenggara).
Pihak kami juga telah mendapat aduan daripada orang ramai bahawa pencemaran air di sungai (F) Sg Sayong berdekatan dengan Loji Air (F) Sg Sayong telah menyebabkan terdapat banyak ikan-ikan disitu dijumpai dalam keadaan mabuk. Kami juga sempat meninjau keadaan disana dan mengambil beberapa gambar sebagai bahan bukti untuk pihak tuan.
MENYEDARI HAKIKAT BAHAWA JENAYAH PENCEMARAN ALAM SETAKAT HARI INI BOLEH MENGANCAM MAKA KAMI DARI PUSAT ADUAN RAKYAT PARLIMEN TENGGARA MENDESAK AGAR JABATAN ALAM SEKITAR MENGAMBIL TINDAKAN YANG PERLU TERHADAP PIHAK YANG MELAKUKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1. Mengkaji semula serta meminda Akta Kualiti Alam Sekitar.
Cadangan Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Dr Loh Chi Leong supaya kerajaan perlu bertindak tegas lagi termasuk mencadangkan supaya mengkaji semula serta meminda Akta Kualiti Alam Sekitar mengikut perubahan semasa sangat dipersetujui.
Tindakan lebih tegas bagi memastikan pelbagai pihak, khususnya kilang tidak bertindak sesuka hati untuk melakukan jenayah ini.
2. Penegasan undang-undang perlu dilakukan dengan telus.
CADANGAN TERHADAP JAS UNTUK MEMPERBAIKI KEADAAN.
1. Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh JAS bagi memperbaiki kelemahan yang melanda ketika ini. Diantaranya :
a. Menyiasat pihak-pihak yang melakukan kesalahan yang dipertanggungjawabkan terhadap pemantauan pencemaran alam sekitar.
b. Melakukan pemantauan dengan lebih kerap di semua premis industri tanpa mengira masa.
c. Mengetatkan pengeluaran lesen keatas syarikat atau kontraktor yang terbabit dengan kerja pencemaran alam sekitar.
d. Menambahkan jumlah kompaun dan denda terhadap pengusaha yang melakukan kesalahan ini mengikut peraturan ditetapkan.
e. Menggesa pihak industri dan kilang menggunakan pendekatan dan kaedah saintifik yang mesra alam bagi mengurangkan udara kotor.
f. Menyediakan talian hotline khas bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.
PENUTUP
Jabatan Alan sekitar perlu mengembalikan keyakinan rakyat khususnya di negeri Johor terhadap peranan mereka sebagai ‘penyelamat’ alam sekitar. Tindakan segera dan meyakinkan perlu dibuktikan dengan bersungguh-sungguh.
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
13 tahun yang lalu


0 ulasan:
Catat Ulasan