Pastikan Anda Mengisikan Borang Dibawah dengan betul.

SEMAKAN KEAHLIAN PAS TENGGARA

Name:
Email Address:
No. Kad Pengenlan Lama @ Baru
Status No. Ahli PAS
Siji Ahli
Alamat Rumah
No. H/P

This HTML form was created by Freedback.

Selasa, 9 Februari 2010

SIAPA SEBENAR PENGKHIANAT AGAMA,BANGSA & NEGARA DI MALAYSIA


Penceramah pertama : En Mohd Shah B Misnan(Pengerusi SEPAKAT)


Ketibaan penceramah Utama:Ust Idris B Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat)


Penceramah ke-2 : En Mazlan B Aliman (YDP PAS Tenggara,merangkap AJK PAS Pusat serta Ketua Penerangan PAS Negeri)

Antara isu yang dikupas:-

Dimulakan dengan ayat

Maksudnya : dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.(HUD:113)


Benarkah UMNO memperjuangkan Agama,Bangsa & Negara??

Apa jadi dengan isu-isu ini:-

-Isu Perwaja Steel 15 bilion

-BBMB rugi sebanyak RM2.5 bilion melalui skandal BMF/Carrian di Hong Kong (hanya Mahathir dan Kuli tahu angkara siapa). Kematian Jalil Ibrahim, yang ditugaskan untuk mengaudit BMF mati dibunuh di sana. Rugi lagi RM1.393 bilion pada Mac 1997. Dari laporan audit jawatankuasa siasatan skandal BMF, jelas menunjukkan Fleet Holding syarikat pelaburan Umno mendapat banyak faedah daripada skandal BMF.

-Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN.

-Kes Altantuya :Wanita itu pernah dijanjikan wang komisyen US$500,000 berhubung urusan pembelian kapal selam.

-70-80 laporan polis telah dibuat dijohor.tetapi tiada sebarang tindakan.sehingga isu terkini penjualan pasir ke Singapura dari lombong-lombong yang berada khusus dikawasan Tenggara.

-Felda akan bankrupt tidak lama lagi

- 354 peneroka-peneroka Felda Sg Kemahang, Kelantan menang di Mahkamah Persekutuan dan Felda diperintah bayar hampir RM12 juta kepada mereka. Berpuluh-puluh tahun mereka ditipu oleh Felda mengenai perahan dan kerugian berpuluh ribu ringgit setiap orang.Ini akan menjadikan jumlah peneroka FELDA akan lebih ramai lagi,untuk membawa kes ini kemuka pengadilan pada masa akan datang.

- 23 feb akan diadakan perhimpunan penyampaian memorandum di Pejabat SUHAKAM besar-besaran,terhadap kepincangan,salahgunakuasa yang dilakukan FELDA dari mula hingga ke harini untuk dibahaskan di Parlimen dan seterusnya mengheret mereka-mereka yang terlibat dalam penyelewengan ini kemuka pengadilan.


Penceramah ke-3 :Ust Idris B Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat)

Antara isu yang dikupas:-

Dimulakan dengan ayat

Maksudnya : dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.(Al-Imran :85)

- Ni’mat Iman & Islam penting dalam kehidupan dan perlu bersyukur serta dipelihara.

-Rasul mengajak dalam firman ALLAH

Maksudnya : dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya.(An-Nahl:36)

-Special Branch (SB) ALLAH TAALA iaitu 2 Malaikat Raqib & Atid yang senantiasa menulis amal kebaikan & kejahatan yang dilakukan setiap manusia,tanpa diragui kesahihan catatannya.dan lebih hebat dari SB ciptaan manusia.

Maksudnya : (Mereka adalah makhluk) Yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu)(Al-Infitor :11)

-Isu-isu yang dibangkitkan ialah kerana bagi kemaslahatan masahadapan generasi,akan datang.

-Nabi dan para sahabat begitu sayang di Mekah dan memilih berhijrah ke Madinah,kerana satu tujuan menyampaikan wahyu yang diperintahkan ALLAH TAALA.(Amar Makruf Nahi Mungkar).

-Nabi diberi pilihan puak Kafir Quraish Mekah,untuk memilih kesenangan dunia @ meninggalkan ajaran ISLAM.

-Perbezaan PAS dengan UMNO ialah UMNO tidak menjalankan Hukum ALLAH sepenuhnya,dan hanya mengambil sebahagian sahaja. Cth :Hukum seorang isteri berpeluk cium dengan orang yang bukan muhrim?Hukum tidak menutup aurat dengan menampakkan rambut?dan banyak lagi.

-UMNO digambarkan dimedia elektronik dan media massa kononyna pejuang Agama.Apa cerita disebalik pengumuman seorang mufti Al-Marhum Dato’Ishak Baharom dalam isu penglibatan orang Islam dalam ratu cantik.

- Isu melayu Murtad yang di bongkarkan oleh Sohibus Somahah Mufti Perak Datuk Seri Harussani yang mencecah 250 ribu orang.

- Isu penangkapan orang Islam di kelab Malam & Pub yang melakukan berbagai kegiatan maksiat termasuk minum arak,

- Isu Kalimah ALLAH diperbesar-besarkan,tetapi Hukum ALLAH tidak dilaksanakan dan ditentang.

- Isu penutupan Surau Ar-Rahmah di Seksyen 8,didapati kerana terlalu aktif dalam aktiviti.

-UMNO bukan medan yang sesuai untuk menegakkan ISLAM,ini telah di buktikan DSAI yang giat memperjuangkan ISLAM dari dalam UMNO,tetapi gagal akhirnya.

-2.37 bilion hasil dari cukai judi.

- Isu 2 enjin jet yang hilang boleh dikatakan suatu berita yang pelik dan diragui.

- Malaysia satu Negara yang kaya,tetapi apabila kekayaan hanya dibahagi-bahagikan kepada kroni,maka akan bankrup Negara.

-BN: Barang Naik,Berapa Naik,Bila Naik,Baru Naik.






0 ulasan: