1. Dalam perlembagaan Malaysia Fasal 10 ada menyatakan Hak dalam kebebasan berkumpul dan berhimpun.
2. Permit ceramah telah lama dipohon dan ini bukan kali pertama ianya di adakan di Tmn Kuso ini,tetapi disebabkan factor keselamatan maka ianya tidak di beri permit.Manakala pada masa yang sama UMNO & BN menjalankan program Tahun Baru Cina yang menggunakan premis kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Hwa bagi menjayakan program tersebut,tanpa ada sebarang gangguan malahan ianya dapat mendapat kerjasama yang cukup baik antara pasukan Polis,Pihak keselamatan (RELA).Di fahamkan antara aktiviti dalam program tersebut,acara nyanyian & tarian yang mengenakan pakaian separuh bogel dari penari-penari tanpa mengambil sensitiviti masyarakat melayu yang sama hadir pada masa itu antaranya ialah Pemimpin UMNO Datuk Halimah Sadique (Ahli Parlimen Tenggara) yang beragama ISLAM.
3. Segala butiran percakapan antara beliau dengan OCPD telah dirakam dan di ambil gambar dan akan diserahkan pada Ketua Polis Johor & Suhakam.Ini bertujuan memberi gambaran pada masyarakat bahawa UMNO & BN akan menggunakan jentera Kerajaan termasuk POLIS bagi memastikan kemaraan Pakatan Rakyat harus disekat dan dihalang.Kesemua kerja-kerja ini didalangi oleh Pemimpin-pemimpin UMNO & BN yang bacul dan penakut berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang sanggup memperkudakan Pihak Keselamatan dalam agenda mereka.
4. Buktinya telah dikeluarkan Ibu Pejabat Felda telah menghantar pekeliling seluruh Felda di Tanahair dengan mengarahkan tidak membenarkan mana-mana ceramah beliau (Mazlan Aliman) di adakan di kawasan Felda.Ini berlaku di Felda Keratong yang mana 30orang FRU & diketuai oleh OCPD Rompin siap diperkudakan oleh UMNO bagi mengganggu program yang dianjurkan.Termasuk juga di Jeluang Utara bukan setakat UMNO mempergunakan POLIS malahan dibantu oleh Polis Bantuan Felda untuk mengawasi program beliau bermula dari pagi hingga ke malam.
5. Talian hayat UMNO & BN hanya tinggal 2 sahaja iaitu Undi Pos & Felda.Ianya dinyatakan dalam Pekeliling yang dikeluarkan oleh UMNO & BN agar Felda bertanggungjawab sepenuhnya untuk siap diperkudakan oleh mereka untuk memastikan kawasan Felda didominasi oleh UMNO & BN.
6. Isu perlombongan pasir,satu lagi badan yang dijadikan kuda tunggangan UMNO & BN ialah PTG,yang mana apabila beliau sendiri ingin bertemu dengan Pengarah PTG Johor bagi membincangkan isu ini,maka dengan berbagai alasan yang dikemukakan sehingga 3kali Pengarah PTG tersebut cuba mengelak dari isu ini.Alasannya cukup mudah,ini kerana kesahihan yang tidak dapat di sanggah lagi,bahawa sebenarnya Isu ini melibatkan Pemimpin anak beranak UMNO & BN dalam isu ini.Oleh sebab itu mereka takut berhadapan dengan kebenaran.Siapa sebenar pengkhianat Bangsa,Agama & Negara?
7. Beliau mengakhiri dengan ucapan bahawa 2012 johor akan muflis disebabkan MB yang tidak pandai mengurus hingga menyebabkan Baginda Sultan Ibrahim murka,ini kerana kerajaan Negeri Johor berhutang pada Kerajaan Pusat mencecah sehingga 4bilion ringgit.kemana perginya wang sebanyak itu?
Penceramah ke-2 :Sdr Halim Dawam (Tim.Pengarah Parti Keadilan Negeri Johor)
Antara isi ceramah beliau ialah :-
1. Malaysia sebuah negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi,tetapi sistem ini telah dicemari dan dicalari oleh Pemimpin-pemimpin UMNO & BN dengan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan bagi menggagalkan kemaraan rakyat dan Pakatan Rakyat dalam mendepani isu-isu Nasional,Agama & Negara.
2. Dalam Kes liwat DSAI cuba di ulang skrip Tahun 1999 ceritanya sama, tetapi barisan pelakonnya lain.Mereka menampilkan pelakon baru lagi jambu Sdr Saiful Bukhari Azlan.Cerita ini diwujudkan semula kenapa?Ianya bertujuan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk membantutkan kemaraan rakyat dan memberi gambaran buruk bahawa Pemimpin PR bersekongkol dengan DSAI yang tidak bermoral dalam mendepani suara-suara rakyat.Ianya mesti dihapuskan walau apa cara sekalipun.
3. Isu rasuah merupakan isu terpenting negara,ini kerana dalam kes Altantuya sebenarnya melibatkan kes rasuah yang cukup besar sebanyak 500juta komisyen dalam pembelian kapal selam dan persenjataan dalam negara.Disebabkan ketidakpuashatian itu,maka Altantuya dibunuh bagi menutup segala permasalahan yang berlaku.
4. Sistem kehakiman negara bertambah teruk,ini semua berlaku kerana campurtangan Politik dari Pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO & BN yang cuba menutup ruang-ruang salahlaku mereka dengan berbuat sesuka hati sehinggakan sebahagian pelabur-pelabur asing takut untuk melabur di negara ini.
5. InsyaALLAH dalam Gagasan tawan Johor yang telah dibentangkan dalam Gagasan Pakatan Rakyat ini akan berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dari semua pihak yang inginkan perubahan.
Penceramah ke-3 :YB Datuk Mahfuz Omar
Antara isi ceramah beliau :-
1. Beliau mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak POLIS kerana Berjaya menghalang ceramah yang di adakan di Tmn Kuso,atas alasan yang tidak munasabah,sehinggakan rakyat tahu mengapa dan siapa dalang disebalik permainan ini.kalau tidak lain tidak bukan Pemimpin UMNO & BN yang bacol yang hanya pandai menyorok dibelakang jentera Kerajaan.Ini menyebabkan rakyat lebih benci kepada UMNO & BN.
2. Tahun 2010 merupakan tahun harimau mengikut kepercayaan masyarakt cina.Semua sudah maklum bahawa,harimau merupakan binatang terkuat,ganas dan raja di dalam hutan.Ini adalah simbolik bagi UMNO & BN,ini kerana yang memerintah Negara hari ini adalah pemimpin-pemimpin UMNO & BN.Mereka ini ganas dan rakus demi mempertahankan kuasa politik mereka,dengan mengamalkan “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA” mereka sanggup menggadaikan maruah Bangsa,Agama dan Negara demi kepentingan mereka.
3. Selepas Tahun PRU ke-12 pada 2008,UMNO & BN kehilangan suara 2/3 majoriti dalam parlimen,kemudian 5 negeri telah jatuh ketangan PR.Maka UMNO & BN hilang punca dan arah,apabila rakyat sudah mula tidak menyokong mereka.Maka dicipta formula lama tapi di guna semula dengan meniup sentiment & api perkauman sesama rakyat.Provokasi-provokasi ini dimainkan dengan jayanya oleh juak-juak UMNO & BN ini.Antaranya ialah :-
Provokasi pertama : perhimpunan disemua negeri yang diperintah oleh PR dengan mengada-adakan demonstrasi disebabkan ketidak puashatian bangsa melayu terpinggir dan di anak tirikan,PKR & PAS adalah boneka kepada DAP.
Provokasi ke-2 : Isu Kalimah ALLAH.
Kronologinya : Pada tahun 2009 tuntutan dari pihak Gereja oleh Majalah Herald ialah menggunakan kalimah ALLAH dalam terbitan majalah mereka.
- Kemudian di putuskan Menteri Dalam Negeri (Syed Hamid Albar) dengan tidak membenarkan mereka menggunakannya dalam majalah mereka.
- Pada tahun ini mereka cuba membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi,lalu Hakim Mahkamah ini memutuskan membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam majalah mereka.
- UMNO memang berniat jahat & tidak ikhlas dalam isu ini,dengan sengaja membiarkan Hakim(bukan beragama Islam) tersebut memutuskannya.Kerana sebelum ini Malaysia telah didedahkan dengan kes peguam VK Linggam,bahawa hakim di Negara boleh disusun dalam mendepani sesuatu kes.
- Mengapa UMNO tidak berbuat demikian,Ini kerana mereka ada muslihat dan niat jahat yang memberi keuntungan isu ini kepada mereka.
- Sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah rayuan,sudah tentu mereka akan membatalkan keputusan mahkamah tinggi.Lalu pemimpin-pemimpin UMNO di anggap Juara @ Hero dalam mendepani isu Agama ini,Merekalah pejuang-pejuang ISLAM yang tulen.
- Tetapi malangnya Isu ini dapat di hidu dan di war-warkan pada rakyat terlebih dahulu maka terhentilah niat jahat mereka ini.lalu diwujudkan isu lain.
Provokasi ke-3 : Isu bakar Gereja
Isu ini dibangkitkan agar wujud api perkauman antara Islam & Kristian,yang kononnya ini dibuat kerana ketidak puashatian masyarakat Islam dalam Isu kalimah ALLAH,yang memutuskan pihak gereja boleh menerbitkan dalam majalah mereka,malangnya tidak mendapat sambutan daripada masyakat kristian untuk membuat serangan balas.
Provokasi ke-4 : Isu bakar Surau di Muar
Isu ini di bangkitkan,kononnya masyarakat kristian membuat serangan balas terhadap isu bakar gereja,malangnya sekali lagi,ianya tidak mendapat sambutan dari masyarakat Islam untuk bertindak dalam mendepani isu ini.tidak cukup dengan itu diwujudkan isu lain pula.
Provokasi ke-5 : Isu kepala babi di campak di 2 Masjid
Isu ini diwujudkan bagi menaikkan kemarahan masrakat Islam di Negara,ini kerana segala kerja provokasi ciptaan ini menemui jalan buntu,semuanya tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat.Isu provokasi 3,4 &5 ini,laporan menyatakan bahawa si pelakunya adalah orang melayu beragama ISLAM.Nah sudah terang lagi bersuluh,bahawa ini semua adalah konsep “Matlamat menghalalkan cara”walaupun ianya mencemarkan nama bangsa & AGAMA ISLAM sekali pun ianya mesti diteruskan demi kepentingan politik UMNO & BN.
Semua provokasi ini dapat dipatahkan kerana,sejarah mengajar kita.Pada tahun 1987 telah wujud krisis kepercayaan dalaman UMNO & MCA hingga mewujudkan 2 team.Ini menyebabkan mereka akan berpecah dan melemahkan pakatan mereka.Lalu di wujudkan satu sentiment perkauman antara melayu dengan cina.Yang mana masing-masing diketuai oleh Datuk Najib Tun Razak (Ketua Pemuda UMNO)mewakili parti melayu manakala Tan Sri Lee Kim Sai (Ketua Pemuda MCA)mewakili parti cina.Mereka turun ke padang untuk menyatakan hasrat mereka.
Antara ungkapan Pemimpin UMNO pada masa itu
“Wahai orang melayu bawalah mancis api untuk kita bakar rumah orang cina ”
“Wahai orang melayu bawa senjata tajam untuk kita basahkan darah orang cina”
Begitu sebaliknya ucapan dari pemimpin MCA ketika itu,hingga menyebabkan rusuhan kaum dan tertangkapnya pemimpin-pemimpin pembangkang di bawah Operasi Lalang di bawah tahanan ISA,manakala yang membuat provokasi dan meniupkan sentiment api perkauman di beri cuti di Australia selama hampir 2bulan(Najib & Lee) maka mereka berjaya menyatukan semula krisis kepercayaan yang berlaku dalam UMNO & MCA.
4. Isu Perarakan Maulid di Pulau Pinang dibatalkan.Maka Tun Abdullah Badawi mengecam tindakan Lim Guan Eng (LGE) kerana membatalkan perarakan mauled yang sudah lama dan menjadi tradisi di Negara ini.Tetapi beliau mudah lupa pada tahun 2003,2004 dan 2005 tiada perarakan di Kedah,kenapa beliau tidak berani mengecam MB kedah ketika itu Mahadzir Khalid.Adakah sebab Mahadzir melayu LGE cina?Siapa sebenar yang lebih sayang & cinta Nabi?Kenapa puak-puak UMNO tidak berdemonstrasi di 3 negeri Johor,Pahang & Perlis kerana membatalkan perarakan Maulid Nabi,ini kan acara tradisi?kalau begitu mereka ini tidak sayang dan cinta Nabi lah.
5. Majalah Malaysian Business telah mengeluarkan satu 40 orang terkaya di Malaysia antara nama yang disebut disini ialah Datuk Nazir Razak orang yang mendapat kedudukan ke-40 dan melayu ke-4 terkaya di Malaysia.Bagaimana beliau boleh tersenarai?
-Beliau merupakan CEO di CIMB,sedangkan CIMB & MAYBANK adalah milik penuh kerajaan GLC Government Link Company.
-Berbeza dengan orang no-1 terkaya di Malaysia iaitu Robert Kouk yang mempunyai syarikatnya sendiri (syarikat gula).
-Bagaimana Datuk Nazir yang hanya CEO di CIMB yangb bekerja dengan syarikat Milik kerajaan boleh memperolehi kekayaan sebegini rupa.
-PM selaku menteri kewangan perlu menjawab persoalan-persoalan yang akan dibahaskan dalam Parlimen nanti.
- Antaranya apa status CIMB sekarang dan berapa peratus syer pegangan kerajaan?
-Adakah Datuk Nazir pemegang syer dalam CIMB & berapa peratus syer yang diberikan pada beliau dan ketika bila ianya diberikan pada beliau?
-Adakah syer Datuk Nazir lebih besar dari syer kerajaan?
-Datuk Mahfoz menyatakan tidak ada istilah cemburu,apabila seseorang itu kaya,tetapi mestilah ianya kaya dengan hasil titik peluhnya sendiri,tanpa ada sebarang penipuan & penindasan yang di lakukan.
6. Beliau mengakhiri ceramah beliau dengan isu kapal selam,isu Saiful Bukhari dalam kes liwat yang sengaja di ada-adakan tanpa ada bukti pendakwaan yang kukuh yang boleh mengheret DSAI dijatuhi hukuman.Secara tidak langsung yang terlibat dalam merangka untuk menjahamkan DSAI sekaligus menjatuhkan maruah Pempinan Pakatan Rakyat adalah Ketua Hakim Negara,Ketua Polis Negara,yang hanya menjadi boneka kepada Pimpinan UMNO & BN dalam merealisasikan matlamat dan visi mereka tercapai untuk menguasai Politik rakus mereka.sebagaimana sikap seekor harimau menerkam mangsanya.Itulah yang dikatakan “Matlamat menghalalkan cara” walaupun ianya melibatkan memburukkan nama orang dan membawa kepada pergaduhan maka UMNO & BN akan memilih dengan cara sebegitu.Perlu di ingatkan kepada semua pengundi perlu ada semangat dan iltizam yang tinggi bagi menyingkirkan politik sempit UMNO & BN dipersada politik tanahair.Takbir ALLAHU AKBAR.


0 ulasan:
Catat Ulasan