Pastikan Anda Mengisikan Borang Dibawah dengan betul.

SEMAKAN KEAHLIAN PAS TENGGARA

Name:
Email Address:
No. Kad Pengenlan Lama @ Baru
Status No. Ahli PAS
Siji Ahli
Alamat Rumah
No. H/P

This HTML form was created by Freedback.

Jumaat, 7 Mei 2010

Miskinnya UMNO : buat program "JUARA RAKYAT" terpaksa 'menumpang' dan 'menipu'


KULAI, (F) Sg Sayong – Umno bahagian Tenggara tidak boleh mendabik dada kerana jelas kini, ia bukanlah sebuah parti yang hebat dan popular lagi. Ia adalah kerana, dalam menganjurkan program ‘Juara Rakyat’ yang dianggap hebat, Umno terpaksa ‘menumpang’ kemudahan kerajaan dan ‘menipu’ rakyat.
(Lihat Gambar diatas dan dibawah).

Program Juara Rakyat ini diadakan pada Sabtu, 24 April 2010 di Sekolah Rendah Kebangsaan (F) Sg Sayong, Kulai.

Yang sangat dikesalkan adalah sesi persekolahan pada masa itu sedang berjalan. Umno secara terang-terangan melanggar arahan itu apabila mewujudkan program 'Juara Rakyat', mengadakan promosi pada sepanduk program yang tertera logo Umno serta kehadiran pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian pada program berkenaan.
Pihak kami juga kesal terhadap pihak pentadbiran dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang membenarkan penggunaan sekolah untuk program yang jelas merupakan kepentingan politik Umno/BN.

Tindakan Umno tersebut dikesali oleh sebahagian besar ibu bapa pelajar, dikalangan guru-guru juga dan seluruh masyarakat setempat.

Kami nak tahu "Adakah Jabatan Pelajaran memang membenarkan parti politik mengadakan program di sekolah. Kalau memang dibenarkan, kami pun nak buat program di sekolah, sedangkan selama ini Pakatan Rakyat memang tidak dibenarkan langsung mengadakan program di sekolah,".



Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis (F) Bukit Besar, Kulai pada 5 Mei 2010. Antara rumusannya ialah :

  1. Padang sekolah digunakan untuk UMNO dan BN meraih sokongan rakyat.
  2. Menggunakan Jawatan guru untuk kepentingan Parti (Ketua UMNO Sg Sayong)
  3. PIBG tidak berfungsi dalam menjaga hal ehwal kebajikan murid dari segi keselesaan untuk belajar.
  4. Penggunaan bil air dan api membebankan pengurusan kewangan sekolah.

download

0 ulasan: